Wednesday, 19 September 2012

Minum coolblog perisa honeydew


Dah lama x pekena coolblog hari ini rasa nak minum la plak. so lepas makan lunch kt Giant Kelana Jaya dgn Yusri Sapar & Benjamin Raj aku pn beli la satu coolblog perisa honeydew. Well, bg aku so far inilah perisa paling sedap setakat aku minum air CB ni.. pastu trus kami blk opis..

CoolBlog perisa Honeydew harga -  RM3.10 each

Utk maklumat lanjut tntg minuman CB ni boleh layari laman web: www.coolblog.com.my

Wednesday, 12 September 2012

My first motorcycle - Wakaka!!

Moto pertama aku - Modenas Kriss. Fisrt time aku naik moto ni tanggal 24-April-2007. Skang dh lebih 5 tahun bersamaku dan masih trus berkhidmat kpd tuannya. Tp kini sedikit cabuk dan byk berehat saja di kg. Jrg2 skali digunakan bila aku pulang ke kampung.. Papepn, aku amat sayang moto ni sbb byk sgt memori suka duka especially masa zaman belajar di UTeM dan juga masa dh kerja TM... hihihi

My moto aka Wakaka (Nickname) - tgh lepak santai kt Masjid MiTC Melaka

Tuesday, 11 September 2012

My Konvo Day at UTeM

Gambar konvo aku kt UTeM tahun 2009..

Date: 04 October 2009
Venue: Dewan Besar UTeM, Melaka
Course: BSc (Hons) Computer Science

With my beloved mom only.

with best fren Azran and mum.
Akhirnya aku telah bergelar graduan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pangkalan Data). Syukur Alhamdulillah...

the old me - 2007 - still student ok

Tak sangka aku pernah sekurus ni.. agak2 berapa la berat aku time ni ek?? hihi...

Gambar dicapture oleh kwnku En Khairul. Masa ni dinner
kt  restoran terapung kt2 ngan Bukit Beruang.

My Beloved TM - Nice Pics

Gambo ni aku amek masa 2011 dgn henset nokia c6 yg ilang tu huhu.. cantik kan gambor ni?? tempat aku kerja bangunan plg tinggi skali tu.. Annexe 2 namanya.. tp tu dulula. skang aku dh pindah TM Kelana Jaya dh..  tp kdg2 pegi gak Annexe 2 ni untuk meeting..

Gambar ni diambil dr Menara TM- antara bangunan tertinggi di Malaysia

NOKIA C6

nokia c6 aku ropenya mcm ni lar... miss u huhu


Gambar raya 2010-2012

Post kali meh tgk gambar aku masa raya tahun 2010, 2011 dan 2012... hehehe..

2010

Warna perang x menyerlah tp takperlah

2011

Pakai baju lama hijau jimat bajet

2012

Ungu Colour beli kt Jakel je



Dapat duit raya RM1 utk tahun ni.. cool x??

Pada tanggal 24 Syawal 1433H bersamaan Rabu 11hb-9-2012, akhirnya aku dpt duit raya RM1.00. Jadilah drp xdpt lgsg... En Hamzah Granite yg bg.. heeeeeeee..


Hari ini juga adalah hari pertama bebudak darjah 6 akan menjawab soalan UPSR. Kpd semua adik2 termasuk kaum keluargaku, selamat menjawab dgn terbaiknya dan semoga dpt 5A ok.. chaiyok2x..


Thursday, 6 September 2012

Majlis Jamuan Hari Raya AidilFitri NAS/NIS

Esok ada party sambutan hari raya tahun 2012 anjuran NIS/ NAS. aku kena baca doa la plak lalala...

Teks bacaan doa yg aku baca...
Pada bulan syawal yang mulia ini, kami berhimpun untuk meraikan majlis Hari Raya Aidilfitri, yang disebut sebagai hari kemenangan bagi ummat Islam yang telah berjaya menghadapi segala cubaan dan dugaan melawan kehendak nafsu dengan keimanan, ketabahan dan kesabaran sepanjang Ramadan yang telah lalu.
Dihari yang mulia ini, kami menadah tangan memohon RahmatMu, Limpahkanlah Taufiq HidayahMu, petunjuk dan inayahMu kepada kami. Sedarkan kami atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Mudah-mudahan Ramadhan yang akan datang akan menjadi lebih bermakna bagi kami semua.
Ya Allah, kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.
Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Monday, 16 April 2012

Outstation ke Sarawak

Esok 17April 2012 aku naik flight ke Kuching Sarawak dr KLIA. aku out-station ke sana. aku akan stay di Dormani Hotel 3H 2M. Semoga semuanya berjalan lancar. Selamat pergi dan kembali.




Friday, 23 March 2012

Aku nak beli tahun depan- Buggati Veyron


Bugatti "Speed Demon" Veyron
Kereta mass pro yang paling laju di dunia. Aku berminat untuk kongsi bersama sedikit fakta tetang kereta ni. Sumber wikipedia, top gear.

1. Develop oleh German dan dihasilkan di France.

2. Maximum engine power, 1100 bhp bersamaan dengan 10 engine campro CPS.

3. Jumlah silinder engine ialah 16 iaitu bersaamaan dengan jumlah silinder untuk 4 buah engine kereta biasa.

4. Mempunyai 7 gear. Sama seperti kereta F1. Harga untuk 1 gearbox ialah 120K USD (RM360K). Dengan jumlah duit yang sama, anda boleh membeli sebuah rumah teres di shah alam atau 3 buar rumah teres di Rawang.

5. Tayar kereta ini hanya boleh diservis di France. Harga sekali servis ialah 70K USD dan harga bagi satu set tayar ialah 25K USD. Maka jumlah keseluruhan ialah 125K USD (RM375K). Dengan jumlah yang sama, anda boleh membeli tiket pergi balik dari KLIA ke Amsterdam sebanyak 75 trip.

6. Berat kosong kereta ini ialah 2 tan. Bersamaan dengan berat dua Myvi.

7. Jumlah radiator yang dipasang untuk kereta ini ialah 10. Kereta normal hanya ada 1 sahaja radiator.

8. Maksimum speed untuk kereta F1 ialah sekitar 360 km/h sedangkan maksimum speed untuk kereta ini ialah 434.20 km/h. Maka pemilik kereta ini secara automatiknya mampu mengalahkan schumacher, vettel, alonso dsb.

9. Pada kelajuan 360 km/h, jarak yang dijangkaui dengan kelajuan ini pada setiap saat adalah bersamaan dengan jarak dari hujung ke hujung sebuah padang bolasepak (100m). Usain bolt hanya mampu mengambil masa 9.4 saat untuk menghabiskan 100meter.

10. Kereta ini mampu membrek dari 400 km/h ke 0 km/h dalam masa 10 saat. Jarak braking yang diperlukan ialah 1.2 km. Ini bermakna, ketika kereta ini bergerak pada 400 km/h anda perlu berada at least 1.2 km dari hadapan kereta ini untuk mengelak dilanggar.

11. Kereta ini hanya mengambil masa sebanyak 9.8s untuk memecut dari 0 - 240km/h. Ini bermakna, sekiranya anda mengira 1 hingga 10 dalam permainan sorok2, kereta ini telah berada sejauh 650m dari anda.

12. Pada kelajuan 400 km/h ke atas, setiap minit kereta ini memerlukan 1.2 liter petrol. Jumlah yang menyamai 2 botol air mineral kecik ataupun RM 2.20sen (harga petrol semasa). Selepas 10 minit, kos akan meningkat kepada RM22. cukup untuk cover duit minyak motor selama 2 minggu.

13. Pada kelajuan 400 km/h tayar kereta hanya boleh bertahan selama 15 minit sebelum pecah. Tetapi, jangan risau sebab, walaupun petrol penuh, ianya hanya mampu bertahan selama 10 minit sebelum kering.

14. Pada kelajuan 400 km/h, jumlah udara yang disedut oleh engine veyron membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari.

15. Kunci khas diperlukan sekiranya pemandu ingin memandu pada halaju 400 km/h. Kunci ini hanya boleh dipasang ketika kereta tidak bergerak. Ini disebabkan, pemandu perlu memeriksa sistem kereta dan semua sistem dalam keadaan ok untuk pergi ke halaju 400 km/h.

16. Kos untuk membuat sebiji Bugatti Veyron ialah 1.3 juta pound. Tetapi ianya hanya dijual pada harga 800k pound.

17. Jika hendak dijual malaysia, harga sebelum cukai ~RM 4 juta. selepas cukai akan overshoot ~RM 12 juta. Gaji untuk engineer fresh graduate di Malaysia ~RM2500. Maka 333 tahun diperlukan untuk mengumpul duit untuk membeli sebuah Bugatti Veyron. Itupun, gaji tersebut tak boleh dibelanja langsung.



Bagaimana, anda berminat? 

2
Share this article :

How to kuruskan badan- Bole try..

Diet

- Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan. Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.
- Elakkan menggunakan susu pekat manis.
- Kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.
- Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.
- Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan. (pengambilan makanan secara gelogoh menyebabkan kemasukan gas yang banyak ke dalam badan melalui mulut dan akan menyumbangkan kepada perut buncit)
- Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen.
- Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan.




Senaman


Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.
Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali.
Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.

Google Bongok!!!

bodoh punya google.. tiba2 tak boleh log in ke blog sendiri. dia ckp password x betul. Ngok tol la...