Wednesday, 19 September 2012

Minum coolblog perisa honeydew


Dah lama x pekena coolblog hari ini rasa nak minum la plak. so lepas makan lunch kt Giant Kelana Jaya dgn Yusri Sapar & Benjamin Raj aku pn beli la satu coolblog perisa honeydew. Well, bg aku so far inilah perisa paling sedap setakat aku minum air CB ni.. pastu trus kami blk opis..

CoolBlog perisa Honeydew harga -  RM3.10 each

Utk maklumat lanjut tntg minuman CB ni boleh layari laman web: www.coolblog.com.my

Wednesday, 12 September 2012

My first motorcycle - Wakaka!!

Moto pertama aku - Modenas Kriss. Fisrt time aku naik moto ni tanggal 24-April-2007. Skang dh lebih 5 tahun bersamaku dan masih trus berkhidmat kpd tuannya. Tp kini sedikit cabuk dan byk berehat saja di kg. Jrg2 skali digunakan bila aku pulang ke kampung.. Papepn, aku amat sayang moto ni sbb byk sgt memori suka duka especially masa zaman belajar di UTeM dan juga masa dh kerja TM... hihihi

My moto aka Wakaka (Nickname) - tgh lepak santai kt Masjid MiTC Melaka

Tuesday, 11 September 2012

My Konvo Day at UTeM

Gambar konvo aku kt UTeM tahun 2009..

Date: 04 October 2009
Venue: Dewan Besar UTeM, Melaka
Course: BSc (Hons) Computer Science

With my beloved mom only.

with best fren Azran and mum.
Akhirnya aku telah bergelar graduan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pangkalan Data). Syukur Alhamdulillah...

the old me - 2007 - still student ok

Tak sangka aku pernah sekurus ni.. agak2 berapa la berat aku time ni ek?? hihi...

Gambar dicapture oleh kwnku En Khairul. Masa ni dinner
kt  restoran terapung kt2 ngan Bukit Beruang.

My Beloved TM - Nice Pics

Gambo ni aku amek masa 2011 dgn henset nokia c6 yg ilang tu huhu.. cantik kan gambor ni?? tempat aku kerja bangunan plg tinggi skali tu.. Annexe 2 namanya.. tp tu dulula. skang aku dh pindah TM Kelana Jaya dh..  tp kdg2 pegi gak Annexe 2 ni untuk meeting..

Gambar ni diambil dr Menara TM- antara bangunan tertinggi di Malaysia

NOKIA C6

nokia c6 aku ropenya mcm ni lar... miss u huhu


Gambar raya 2010-2012

Post kali meh tgk gambar aku masa raya tahun 2010, 2011 dan 2012... hehehe..

2010

Warna perang x menyerlah tp takperlah

2011

Pakai baju lama hijau jimat bajet

2012

Ungu Colour beli kt Jakel je



Dapat duit raya RM1 utk tahun ni.. cool x??

Pada tanggal 24 Syawal 1433H bersamaan Rabu 11hb-9-2012, akhirnya aku dpt duit raya RM1.00. Jadilah drp xdpt lgsg... En Hamzah Granite yg bg.. heeeeeeee..


Hari ini juga adalah hari pertama bebudak darjah 6 akan menjawab soalan UPSR. Kpd semua adik2 termasuk kaum keluargaku, selamat menjawab dgn terbaiknya dan semoga dpt 5A ok.. chaiyok2x..


Thursday, 6 September 2012

Majlis Jamuan Hari Raya AidilFitri NAS/NIS

Esok ada party sambutan hari raya tahun 2012 anjuran NIS/ NAS. aku kena baca doa la plak lalala...

Teks bacaan doa yg aku baca...
Pada bulan syawal yang mulia ini, kami berhimpun untuk meraikan majlis Hari Raya Aidilfitri, yang disebut sebagai hari kemenangan bagi ummat Islam yang telah berjaya menghadapi segala cubaan dan dugaan melawan kehendak nafsu dengan keimanan, ketabahan dan kesabaran sepanjang Ramadan yang telah lalu.
Dihari yang mulia ini, kami menadah tangan memohon RahmatMu, Limpahkanlah Taufiq HidayahMu, petunjuk dan inayahMu kepada kami. Sedarkan kami atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Mudah-mudahan Ramadhan yang akan datang akan menjadi lebih bermakna bagi kami semua.
Ya Allah, kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.
Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.